Penduduk di kawasan tersebut terputus hubungan untuk seketika kerana jambatan tersebut merupakan satu satunya laluan keluar kerana laluan di Kg Ubai telah dinaiki air dan masih ditutup kepada semua kenderaan.
sumber : Sinar Harian
"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbukkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al Quran 2:261
ahli ahli JIM dan ahli ahli KARISMA terutamanya dari UMP dan UIA turun beramai ramai menjadi sukarelawan. Turut sama memberi sokongan padu adalah sukarelawan dari Student Representative Council (SRC) UIAM Kuantan. aktiviti aktiviti membersihkan kawasan sekitar bermula awal pagi dengan bergotong royong beramai ramai.
gotong royong diteruskan dengan membantu menyediakan makan tengah hari untuk semua mangsa banjir. kehadiran ramai sukarelawan ini mendapat respon positif dari semua penghuni dan juga pihak lain.. mereka amat mengalu alukan kehadiran JIM pada hari tersebut. antara aktiviti yang disusun pada hari Ahad itu adalah :
KARISMA Pahang juga tidak ketinggalan menyumbang dengan mengadakan kempen 'satu rumah satu telekung' untuk membantu kaum ibu dan wanita agar dapat menunaikan solat dengan sempurna. Kempen dari rumah ke rumah itu dijalankan di perumahan Inderapura dan sekitarnya..Alhamdulillah, jumlah telekung yang dapat dikumpulkan adalah di luar jangkaan.. KARISMA juga telah menyediakan ruang solat khas yang lebih sempurna untuk wanita . Tahniah kepada KARISMA yang diketuai oleh Puan Nik Sumayyah..