
Air telah pun memenuhi segenap ruang bandar diraja Pekan dari Muzium Negeri sehinggalah ke kawasan bandar. kampung kampung sekitar bandar Pekan turut terjejas teruk terutama di tepi sungai Pahang. mangsa banjir di daerah Pekan adalah yang tertinggi di negeri Pahang iaitu melebihi 9 ribu orang. antara Kawasan yang terjejas teruk adalah Kg Pelangkah, Kg Lamir, Kg Sawah, Kg Sungai Mat Dulang, Pulau Enjin dan Bandar Pekan sendiri.
Penduduk dan mangsa banjir diingatkan supaya lebih berhati hati dan bersedia untuk menghadapi gelombang kedua fenomena air pasang yang dijangka berlaku pada 22 Disember ini. hubungan jalan raya terputus sama sekali dengan Kuantan kerana air yang naik di Kg Semangat melebihi 3 meter. Sama sama kita berdoa agar dugaan yang dihadapi oleh warga Pahang khususnya kali ini dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Insyaallah..