"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbukkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al Quran 2:261

Monday, December 17, 2007

JIM Pahang menDERU di Pusat Pemindahan mangsa banjir Penjara Penor

JIM Pahang dengan penuh komitmen dan kesungguhan telah membantu meringankan beban mangsa mangsa banjir di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Penjara Penor. ahli ahli JIM dan ahli ahli KARISMA terutamanya dari UMP dan UIA turun beramai ramai menjadi sukarelawan. Turut sama memberi sokongan padu adalah sukarelawan dari Student Representative Council (SRC) UIAM Kuantan. aktiviti aktiviti membersihkan kawasan sekitar bermula awal pagi dengan bergotong royong beramai ramai.gotong royong diteruskan dengan membantu menyediakan makan tengah hari untuk semua mangsa banjir. kehadiran ramai sukarelawan ini mendapat respon positif dari semua penghuni dan juga pihak lain.. mereka amat mengalu alukan kehadiran JIM pada hari tersebut. antara aktiviti yang disusun pada hari Ahad itu adalah : mengadakan tayangan video untuk kanak kanak dan remaja agar masa mereka diisi dengan perkara bermanfaat, mengadakan pemeriksaan kesihatan yang diketuai oleh Dr Fauzi (TYDP JIM Pahang) dan Dr Puteri Melor (WAJIM) dengan membawa pasukan sukarelawan (VT) UIAM,
bergotong royong sekali lagi menyediakan minum petang, dan yang paling penting mengajak semua untuk solat berjamaah di waktu solat fardhu.KARISMA Pahang juga tidak ketinggalan menyumbang dengan mengadakan kempen 'satu rumah satu telekung' untuk membantu kaum ibu dan wanita agar dapat menunaikan solat dengan sempurna. Kempen dari rumah ke rumah itu dijalankan di perumahan Inderapura dan sekitarnya..Alhamdulillah, jumlah telekung yang dapat dikumpulkan adalah di luar jangkaan.. KARISMA juga telah menyediakan ruang solat khas yang lebih sempurna untuk wanita . Tahniah kepada KARISMA yang diketuai oleh Puan Nik Sumayyah..


Alhamdulillah, semua perancangan berjalan lancar dan sedikit sebanyak, aktiviti aktiviti yang JIM lakukan sempena DERU kali ini dapat meringankan beban masyarakat Kampung Semangat yang terjejas teruk akibat banjir. Semoga dugaan ini dapat dihadapi dengan panduan iman dn taqwa.

No comments: