"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbukkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al Quran 2:261

Monday, December 17, 2007

Banjir besar menenggelamkan Kg Semangat!!

Antara kawasan kawasan yang terjejas teruk disebabkan banjir kali ini adalah Kampung Semangat, Kampung Ubai, Kampung Cherok Paloh, Bukit Rangin, dan Sungai Isap Damai bagi daerah Kuantan.

Jalan jalan utama yang ditutup ialah :
1. Jalan Pekan - Kuantan (km 24) di Kampung Semangat : ditutup kepada semua kenderaan.
2. Jalan Cherok Paloh ke Ubai : ditutup kepada semua kenderaan.



Semua jalan jalan perhubungan darat terputus sama sekali ke Pekan dari Kuantan. Hanya jalan air dan udara sahaja yang menjadi pilihan.


Penduduk Kampung Semangat dipindahkan ke Dewan Melati, Penjara Penor yang kini telah menempatkan seramai 444 orang ( update on 10.30 pm, 17 Dec 2007). kebanyakan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda mereka kerana air naik terlalu pantas dan ianya berlaku di awal pagi. mereka hanya sempat menyelamatkan diri dan beberapa peralatan sahaja ( kebanyakan mereka tak sempat nak selamatkan peralatan elektrik dan pakaian). haiwan ternakan seperti kambing, ayam, lembu dan kerbau tidak dapat diselamatkan dan banyak diantara binatang ternakan ini telah terkorban dahulu..

No comments: