"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbukkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al Quran 2:261

Saturday, December 22, 2007

Coretan DERUJIM Pahang dan Terengganu ke Pekan.

Pasukan DERU JIM Trg yg diketuai oleh Pengarah DERU JIM Trg, Khairudin Mohamad tiba di Pejabat JIM Kuantan pada jam 10 pagi dan disambut mesra oleh Pengarah DERU JIM Pahang, Ahmad Azam Mohd Salleh.Seterusnya,Pengarah DERU JIM Pahang memberi taklimat mengenai status terkini banjir di Pahang terutamanya di Pekan dan Kuantan di Pejabat JIM.

Kemudian, pasukan DERU JIM Trg dibawa ke Cherok Paloh, iaitu kawasan yag menjadi tumpuan utama penduduk untuk berulang alik ke Pekan dan Kuantan melalui bot penambang. Setiausaha DERU JIM Pahang, Mohd Sufian Mat Ali telah pun menunggu di situ dan mendapatkan bot. Tambang yang dikenakan masih lagi RM 10 seorang. Memang mahal. begitulah rungutan kebanyakan pengguna bot penambang. Namun, mereka tiada pilihan. Pasukan DERU JIM Trg dibahagikan kepada dua pasukan. satu pasukan akan bergerak mengharungi air dan menaiki bot serta berjalan kaki ke Kampung Ubai di mana jalan darat masih lagi terputus. Pasukan ini diketuai oleh Pengarah DERU JIM Phg sendiri. Satu pasukan lagi diketuai oleh Mohd Sufian Mat Ali dibawa ke Pekan melalui bot penambang dari Cherok Paloh ke Tanjung Selangor.

Ziarah pertama team DERU di Pekan adalah ke pusat pemindahan banjir SMK Dato Mahmud Mat. Sekolah ini menampung seramai 793 penghuni terdiri daripada kanak kanak, bayi dan dewasa. menurut ketua bilik gerakan di sekolah tersebut, sudah lebih seminggu mereka berada di pusat pemindahan banjir ini. Aktiviti untuk anak anak dan remaja langsung tiada sepanjang mereka berada di pusat pemindahan tersebut. Bantuan makanan, alhamdulillah mencukupi cuma pembelian petrol dan diesel dicatu kepada RM20 kepada setiap pembeli. Namun, pada hari team DERU Pahang dan Trg ziarah, catuan tersebut telah dimansuhkan kerana bekalan petrol dan diesel telah tiba (PETRONAS sahaja, stesen lain spt SHELL, CALTEX masih ditutup).

Team DERU yang diketuai oleh Pengarah DERU JIM Phg yang menuju ke Kg Ubai tersekat kerana jalan utama di Kg Ubai dinaiki air sejauh 4km dan setinggi hampir 1.5m dan tiada perkhidmatan bot disediakan. Jadi, Team tersebut menuju ke Pekan dari kg Cherok Paloh melalui bot penambang.

Ziarah seterusnya ke kawasan terjejas teruk banjir di Pekan, iaitu Kg Lamir dan Kg Sawah. keadaan tak banyak berubah, masih banyak rumah yang ditenggelami air. Air sudah surut sedikit berbanding sebelum ini. Namun, jalan utama yang menghubungkan Kg Ubai dan Kg Lamir masih lagi ditutup kepada semua kenderaan.

Kawasan di Bandar Pekan bertambah baik, walaupun beberapa tempat masih lagi dinaiki air di kawasan bandar. Jalan ke Pulau Keladi masih ditutup kepada semua kenderaan. Kelihatan dari tepi jalan utama, rumah rumah yang masih ditenggelami air sehingga ke dalam rumah.

Operasi meninjau selesai pada jam 6 petang. Pasukan DERU JIM Trg insyaallah akan memberi bantuan dari segi sukarelawan, peralatan dan kewangan dan mereka akan datang semula ke Pahang selepas ini untuk memberi bantuan kerja kerja pembersihan selepas banjir.

Mereka yang terlibat :
Pasukan Deru JIM Pahang : Ahmad Azam Mohd Salleh, Mohd Sufian Mat Ali

Pasukan Deru JIM Terengganu : Akh Khairudin Mohamad, Akh Muzahar Hitam, Akh Hanapiah Abu Bakar, Akh Zamri, Akh Abdul Aziz Abd Rahman, Akh Salleh Faruqi, Mus'ab Muzahar(Pengerusi JK remaja KRJ Terengganu) dan ahli ahli KRJ Terengganu.

No comments: