Disaster & Emergency Response Unit (DERU) JIM Pahang 2007

"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbukkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al Quran 2:261

Monday, December 31, 2007

JIM dan KARISMA Membersih Kg Sawah

Syukur alhamdulillah, pada 29 Disember 2007 lalu, JIM Pahang dengan kerjasama Karisma UIA Kuantan telah bergotong royong beramai ramai membantu penduduk Kampung Sawah yang terjejas teruk selepas banjir. Rombongan 9 buah kenderaan bertolak dari UIA jam 9 pagi dan tiba di Kampung Sawah pada jam 9.50 pagi. Sepanjang perjalanan ke Kampung Sawah, semua sukarelawan dihidangkan dengan pemandangan kesan kesan banjir yang jelas kelihatan. Ada rumah yang berubah warnanya kerana lumpur, ada kenderaan berat yang tersadai di tepi jalanraya, dan juga tidak ketinggalan pemandangan perabot perabot yang dijemur diluar rumah. Kesan tersebut semakin jelas dan dirasai apabila kami tiba di Surau Kg Sawah. Keadaannya yang berlumpur begitu menginsafkan sesiapa sahaja yang melihatnya..

Jam 10.10 pagi, Setiausaha DERU JIM Pahang, Saudara Mohd Sufian Mat Ali memberi taklimat kepada 43 perempuan dan 10 lelaki sukarelawan dan diikuti oleh sesi penerangan ringkas oleh Ketua Kampung Sawah. terdapat 26 buah rumah yang terlibat dengan banjir di Kg Sawah, sukarelawan dibahagikan kepada kumpulan. Setiap Kumpulan ada 2-3 ahli. Tugas mereka adalah membantu apa sahaja yang boleh dibantu di setiap rumah yang mereka kunjungi. Semua kumpulan bergerak serentak dan pada masa kami mula bergerak, satu lagi pasukan sukarelawan dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang tiba seramai 20 orang. mereka hanya memfokuskan kawasan Surau dan sekitarnya.

Suasana kampung yang sunyi bertukar menjadi meriah bagaikan pesta kerana dapat dilihat pergerakan pergerakan sukarelawan dari rumah ke rumah, membantu tuan rumah membersih lantai dan dinding, membersih kediaman, mencuci pakaian, mencuci pinggan mangkuk dan membersihkan perabot perabot yang berlumpur. Suasana meriah dan keramahan sukarelawan ini sedikit sebanyak menceriakan suasana rumah kediaman penduduk yang suram dan dipenuhi kotoran berlumpur kesan dari air banjir.

Pada masa yang sama, lebih kurang 30 orang bergotong royong membersihkan surau Kg Sawah. Dengan bantuan peralatan yang canggih dan terkini serta gabungan tenaga yang ramai dan kerjasama erat yang ditunjukkan, Surau Kg Sawah dapat dibersihkan dan segala isinya dapat dibersihkan dalam masa kurang dari 2 jam.

Selepas solat Zohor berjamaah, Kami menjamu selera merasai masakan kampung yang dimasak oleh orang kampung khas untuk kami yang datang bergotong royong. Sekitar jam 3 petang, sebahagian dari sukarelawan sudah pulang dan hanya sebahagian yang tinggal untuk menyambung kerja kerja yang belum selesai di sebelah pagi.

Selepas solat Asar berjamaah, kami sekali lagi dihidangkan dengan bubur kacang hijau yang enak dan kumpulan terakhir pulang hampir jam 6 petang. Ketua Kampung dan penduduk kampung amat menghargai bantuan yang dihulurkan. Jelas, kesedihan yang dihadapi penduduk kampung yang hampir kehilangan segala harta mereka sedikit sebanyak diubati oleh kehadiran kami. Bagi siswa dan siswi yang terlibat, Ini merupakan satu pengalaman yang berharga di samping dapat bermuhasabah diri tentang kebesaran Allah S.W.T.

YDP JIM Pahang bersama Ketua Kampung Sawah.

'Peluang yang sangat berharga,dapat bantu mangsa banjir membersihkan rumah,surau. Selain dapat merapatkan jurang mahasiswa dengan masyarakat luar terutamanya warga kampung, dapat muhasabah diri tentang Kuasa Allah dalam menghilangkan nikmat dengan sekelip mata, dan dalam kajian perubatan, volunteerism baik untuk kesihatan emosi' - Amni, pelajar jurusan farmasi, UIA Kuantan.

Tuesday, December 25, 2007

KUKA sekali lagi menyantuni mangsa mangsa banjir di pusat penempatan banjir Penjara Penor !


Syukur Alhamdulillah, KARISMA UIA Kuantan Akhawat atau ringkasnya KUKA hari ini (25 Dis 2007) turun padang untuk bersama sama merasai kesusahan dan perit jerih mangsa banjir yang berada di Penjara Penor. Diketuai oleh Farah Wahida bt Abdullah Suhaimi, mereka ke Penjara Penor seawal 9 pagi.

Program mereka bermula dengan membantu membungkuskan barangan bantuan kepada bungkusan bungkusan kecil untuk dibahagikan kepada keluarga terlibat.

Terdapat 84 keluarga yang tinggal di Pusat Pemindahan Banjir Penjara Penor sehingga petang 25 Disember 2007. walaupun air sudah surut tetapi tiada satu keluarga pun yang dibenarkan untuk pulang kerana bekalan air dan elektrik masih belum ada lagi di Kg Semangat.



kehadiran mereka jelas memberi keceriaan kepada penghuni yang berada di sini selama lebih 2 minggu. Respon positif yang diterima dari anak anak dan ibu bapa sedikit sebanyak dapat melupakan fikiran mereka seketika kepada harta benda mereka yang rosak teruk akibat banjir besar yang melanda kali ini..

















bermesra bersama sama dengan anak anak mangsa banjir
















Mereka turut mengadakan aktiviti dan beramah mesra bersama sama dengan anak anak penduduk Kg Semangat. Jelas keriangan terpapar di wajah mereka apabila melihat kakak kakak ini datang. Keseronokan itu berterusan sehingga ke tengah hari.







Jelas keriangan di wajah mereka..
















syoknya...tengah tengok apa tu ye..
















Menjelang waktu makan tengah hari, mereka membantu menyediakan makan tengah hari secara gotong royong dan menghidangkan kepada semua yang ada di Pusat Pemindahan banjir tersebut






























































Kerja Pembersihan Surau Kg Semangat

Keadaan di dalam surau (dewan solat utama) selepas air banjir surut.


Ruang solat wanita.


Paras air banjir yang melanda jelas kelihatan


Dipenuhi lumpur


Kerja kerja pembersihan bermula

Sejadah dan karpet yang lebih seminggu 'direndam' air banjir dijemur.


Ketua Wanita JIM Pahang, Puan Siti Aishah Mahamad turut serta.


Kerja kerja pembersihan giat dijalankan..



dan hasilnya...

Monday, December 24, 2007

DERU JIM Pahang ke Maran - Laporan bergambar

Kedudukan terkini penghuni di Pusat Pemindahan banjir Pekan Tajau


Keadaan rumah seorang penduduk yang separuh siap sebelum banjir melanda. Ditambah lagi dengan banjir besar kali ini sungguh menguji kesabaran pasangan ini dengan 5 orang anak kecil. Kesemua perabot asas rosak sama sekali.


Buku buku agama dan sekolah serta kad kad doa amalan harian dijemur. masih boleh digunakan lagi...


Keadaan daif sebuah madrasah di Chenor selepas dinaiki air sehingga hampir ke tingkat 1. Seorang guru madrasah tersebut dan keluarganya tinggal di tingkat atas sepanjang banjir melanda.



Keadaan sebuah rumah penduduk di pinggir Sungai Pahang.


Bantuan pakaian kepada pakcik Omar, dimana segala harta bendanya termasuk tilam dan dapur rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi.

Bantuan pakaian kepada 5 beradik yang masih belum mengenal lagi erti kepayahan dan keperitan hidup..

YDP JIM Pahang, Hj Samsudin Abdullah menghulurkan sumbangan yang Insyaallah dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ibu ini..


Bekalan air bersih amat diperlukan di kawasan yang dilawati di Maran. Setiausaha JIM Kuantan, Khairudin Hassan mengagihkan air minuman kepada penduduk yang memerlukan.

Bergambar bersama dengan penduduk yang sedang mencuci peralatan rumah dari lumpur dan memberi bantuan pakaian dan air minuman.

Bantuan kepada seorang tenaga pengajar di Madrasah Mahmudiah Kertau, Chenor.

Keadaan di Madrasah Mahmudiah Kertau.

Saturday, December 22, 2007

Coretan DERUJIM Pahang dan Terengganu ke Pekan.

Pasukan DERU JIM Trg yg diketuai oleh Pengarah DERU JIM Trg, Khairudin Mohamad tiba di Pejabat JIM Kuantan pada jam 10 pagi dan disambut mesra oleh Pengarah DERU JIM Pahang, Ahmad Azam Mohd Salleh.Seterusnya,Pengarah DERU JIM Pahang memberi taklimat mengenai status terkini banjir di Pahang terutamanya di Pekan dan Kuantan di Pejabat JIM.

Kemudian, pasukan DERU JIM Trg dibawa ke Cherok Paloh, iaitu kawasan yag menjadi tumpuan utama penduduk untuk berulang alik ke Pekan dan Kuantan melalui bot penambang. Setiausaha DERU JIM Pahang, Mohd Sufian Mat Ali telah pun menunggu di situ dan mendapatkan bot. Tambang yang dikenakan masih lagi RM 10 seorang. Memang mahal. begitulah rungutan kebanyakan pengguna bot penambang. Namun, mereka tiada pilihan. Pasukan DERU JIM Trg dibahagikan kepada dua pasukan. satu pasukan akan bergerak mengharungi air dan menaiki bot serta berjalan kaki ke Kampung Ubai di mana jalan darat masih lagi terputus. Pasukan ini diketuai oleh Pengarah DERU JIM Phg sendiri. Satu pasukan lagi diketuai oleh Mohd Sufian Mat Ali dibawa ke Pekan melalui bot penambang dari Cherok Paloh ke Tanjung Selangor.

Ziarah pertama team DERU di Pekan adalah ke pusat pemindahan banjir SMK Dato Mahmud Mat. Sekolah ini menampung seramai 793 penghuni terdiri daripada kanak kanak, bayi dan dewasa. menurut ketua bilik gerakan di sekolah tersebut, sudah lebih seminggu mereka berada di pusat pemindahan banjir ini. Aktiviti untuk anak anak dan remaja langsung tiada sepanjang mereka berada di pusat pemindahan tersebut. Bantuan makanan, alhamdulillah mencukupi cuma pembelian petrol dan diesel dicatu kepada RM20 kepada setiap pembeli. Namun, pada hari team DERU Pahang dan Trg ziarah, catuan tersebut telah dimansuhkan kerana bekalan petrol dan diesel telah tiba (PETRONAS sahaja, stesen lain spt SHELL, CALTEX masih ditutup).

Team DERU yang diketuai oleh Pengarah DERU JIM Phg yang menuju ke Kg Ubai tersekat kerana jalan utama di Kg Ubai dinaiki air sejauh 4km dan setinggi hampir 1.5m dan tiada perkhidmatan bot disediakan. Jadi, Team tersebut menuju ke Pekan dari kg Cherok Paloh melalui bot penambang.

Ziarah seterusnya ke kawasan terjejas teruk banjir di Pekan, iaitu Kg Lamir dan Kg Sawah. keadaan tak banyak berubah, masih banyak rumah yang ditenggelami air. Air sudah surut sedikit berbanding sebelum ini. Namun, jalan utama yang menghubungkan Kg Ubai dan Kg Lamir masih lagi ditutup kepada semua kenderaan.

Kawasan di Bandar Pekan bertambah baik, walaupun beberapa tempat masih lagi dinaiki air di kawasan bandar. Jalan ke Pulau Keladi masih ditutup kepada semua kenderaan. Kelihatan dari tepi jalan utama, rumah rumah yang masih ditenggelami air sehingga ke dalam rumah.

Operasi meninjau selesai pada jam 6 petang. Pasukan DERU JIM Trg insyaallah akan memberi bantuan dari segi sukarelawan, peralatan dan kewangan dan mereka akan datang semula ke Pahang selepas ini untuk memberi bantuan kerja kerja pembersihan selepas banjir.

Mereka yang terlibat :
Pasukan Deru JIM Pahang : Ahmad Azam Mohd Salleh, Mohd Sufian Mat Ali

Pasukan Deru JIM Terengganu : Akh Khairudin Mohamad, Akh Muzahar Hitam, Akh Hanapiah Abu Bakar, Akh Zamri, Akh Abdul Aziz Abd Rahman, Akh Salleh Faruqi, Mus'ab Muzahar(Pengerusi JK remaja KRJ Terengganu) dan ahli ahli KRJ Terengganu.

JIM Terengganu menDERU di Pekan dan Kg Ubai - Laporan bergambar.

Pasukan DERU JIM Terengganu yang diketuai oleh Khairudin Mohamad, Pengarah DERU JIM Terengganu.

Beramah mesra dengan salah seorang penduduk Kg Lamir di Pusat Penempatan Banjir SMK Dato Mahmud Mat, Pekan.

Keadaan di salah sebuah bilik yang menjadi penempatan di SMKDMM.

Keadaan di salah sebuah bilik yang menjadi penempatan di SMKDMM.

Bersama salah seorang penghuni.

Sukarelawan mengagihkan bantuan berupa makanan di Pusat Penempatan banjir SMKDMM

Kawasan sawah padi yang masih digenangi air di Kampung Lamir

Salah seorang penduduk di Kg Lamir membersihkan peralatan rumah

Jalan utama ke Kuantan masih ditutup kepada semua kenderaan di Kg Lamir menuju ke Kg Ubai
Banjir di bandar Pekan surut sedikit. semua jalan utama boleh dilalui.

Taman rekreasi berhampiran Sg Pahang masih dipenuhi air.

Rumah di salah sebuah kg di Pekan masih ditenggelami air

'Jalan ke Pulau Keladi masih ditutup' ujar penduduk tempatan yang ditemui, sedang mencuci kereta.

Antara rumah di Pekan yg masih terjejas teruk

Menaiki bot penambang untuk ke Pekan dan juga ke Kuantan. (Tambang RM10 seorang!!)

dalam perjalanan ke Kg Cherok Paloh

Satu lagi kawasan bot penambang yang dipenuhi orang ramai.

Perbincangan antara Pengarah DERU Pahang dan Terengganu